w

Friday, October 14, 2011

Sayu TerasA

Ayah..
Achik rindu ayah..
Ayah.. bagaimanakah keadaan mu disana???
Ayah,,, adakah ayah juga merindui achik kat cini???
Ayah.. achik mohon ampun dan maaf sebab sewaktu hayat ayah..
Achik banyak melukakan hati ayah..
Even ayah dah tiada achik sentiasa merindui dirimu...
Ayah...
Achik ingin menjadi anak mu yang solehah
Achik ingin berubah ke arah yang lebih baik
Achik tak nak ayah menderita disana
Disebabkan oleh sikap anak-anak ayah di dunia ini.
Ayah...
Pergimu menghilangkan seribu kebahagiaan dalam diri anakmu ini.
Anakmu ini sering merindui dirimu ayah.
Kini kebahagiaan yang dirasai sudah tidak
seperti dulu.
Ayah...
Saban hari achik sering mengingati diri mu.
Ayah achik rindu ingin memeluk dirimu.
Achik rindu nak cium tanganmu ayah.
Achik rindu nak dengar ayah minta achik bacakan ta’alim.
Walaupun kekadang malas menguasai diri achik tetap membacakannya.
Ayah tetap setia memdengarnya. Ayah akan bacakan doa selepas habis menbaca
ta’alim.
Ayah,
Dahulu ayah sering berpesan supaya anak2membaca ta’alim,tapi dulu kami tak tahu apa tujuan ayah meminta kami membacakan ta’alim selalu
Tapi kini achik sudah tahu,itu sebenarnya satu sunnah nabi yang ayah cuba terapkan
dalam keluarga dan juga diri anak2ayah.
Ayah...
Achik rindukan ayah.
Achik rindu sangat2 sekarang ni.
Achik ase sayu je hati ini bila ingat kat ayah.
Ayah...
Dahulu achik tidak suka makan roti canai, sedangkan ayah selalu bawa pulang
roti canai selepas solat asar untuk dibuat menu minum petang. Achik selalu mengomel
dan merunggut sebab achik tidak sukakan roti canai tapi ayah selalu belikan roti
canai. Dalam mengomel2pun achik tetap makan roti canai yang ayah bawa balik.
Ayah...
Kini achik rindukan roti canai yang ayah bawa pulang. Kalau achik makan roti canai
Pasti achik akan ingat kat ayah. Kekadang dengan linangan air mata achik makan
roti canai yang terhidang depan achik.
Ayah...
Hari ini air mata achik tertumpah lagi kerana rindukan ayah.
Ayah,achik rindu sangat2kat ayah sekarang ni.
Kalau ayah tengok achik bersedih pasti ayah akan pujuk achik kan ayah.
Tapi kini,hanya tasbih dan kain pelikat ayah je yang mampu memujuk hati achik.
Ayah..achik rindu ayah...
Rindu sangat2skrg nie...
Ayah...
Achik doakan semoga ayah aman disana. Semoga ayah ditempatkan dikalangan para
syuhada. Amin. Al fatihah buat ayahanda tercinta “Tuan Haji Mohd Jaafar Bin
Hamzah”.  

No comments:

Post a Comment

ALL BoUt Me

My photo
be nice to others,they'll be nice to you... (^_^)

Jom LaWat bLog puTeRi...