w

Tuesday, October 4, 2011

CeRita PuteRi

Salam sayang buat semua…

Hari ini puteri ini berkongsi rasa.
Rasa yang hadir tatkala puteri menerima keputusan peperiksaan puteri yang tidak memuaskan...
Sebelum ini, puteri tidak pernah merasakan diri puteri ini “ a loser”... dan yang penting puteri tidak pernah menangis kerana keputusan peperiksaan...
Tp sekarang,keputusan yang puteri terima adalah tidak memuaskan hati puteri...
Puteri menangis tatkala menyatakan keputusan puteri ini kepada mama tersayang...
Puteri menangis lagi apabila along dan adik puteri menanyakan keputusan puteri...
Lalu, puteri berkongsi perasaan sedih ini dengan seorang hamba ALLAH swt iaitu kawan baik puteri yang selalu menyanjungi puteri kerana semangat yang ada pada puteri...( itu kata beliau lar...)
Beliau berkata “ puteri,janganlah bersedih,nanti beliau turut bersedih”
Puteri menangis tanpa henti...
“ Eh puteri nie nangis plak,mengucap puteri, ingat ALLAH..tu ilmu dunia...puteri,jangan nangislah,kalu puteri nangis air mata darah sekalipun result puteri tu bkn boleh naik pun...”
Puteri terus terdiam dan berfikir sejenak... “betul kata hakimi tu...xde gunanya kalau puteri menangis lagipun result puteri xkan naik kalau pun airmata darah yang keluar”
Tp iyalah,puteri nie perempuan...dan tak lepas dari airmata...sedar tak sedar puteri berkata...”hari nie jew puteri nangis,esok puteri xnak nangis ag dah...”
Terus pecah ketawa kawan baik puteri tu...
“ai..aci jgak ey mcm tu...xpe2 hr nie puteri nangis la puas2...huhuhu..nangis aje ye...kang habis airmata tu...”
Tiba-tiba perasaan malu menebal dalam diri puteri...”hihihi...malunyer nangis depan lelaki...”
Semangat puteri kembali pulang, dengan semangat baru yang tiba puteri berkata “lepas nie puteri xkan nangis ag dh...puteri akan bt yang terbaik untuk exam yang seterusnya...puteri dh xnk nangis,puteri nk bt yang terbaik...”
Hakimi berkata “ok..puteri...kimi suke ngan semangat puteri...
Nie antara dialog2 terakhir kami...
Puteri berkata “Terima kasih kimi,sbb sokong puteri selama nie...”
“Sama2 kasih puteri...hehehe” hakimi membalas.
Puteri balas “esk puteri nk bt persediaan baru”
Hakimi balas balik “bgus2...chaiyok3x puteri...”

Puteri tersenyum sendiri dan puteri memanjatkan syukur kepada ilahi kerana memberikan seorang sahabat yang mampu berkongsi suka dan duka dengan puteri...
Puteri berasa sangat gembira kerana mempunyai dirinya sebagai seorang sahabat yang mampu membuatkan puteri menarik nafas lega.

Kawan...
Bertahun kita bersama...
Bagai semalam baru bersua...
Kawan...Dihadapan
Oh indahnya...
Kita bersama berkelana...
Namun,
Kita jauh didunia sendiri
Bekalan sendiri...
Impian sendiri...
Meskipun jauh...
Namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita..
Kawan...
Hidup ini umpama langit...
Yang tidak selalu cerah...
Kawan...
Hidup ini umpama awan...
Yang tidak selalu putih..
Ingatlah bintang2 dilangit...
Takkan terus berkelipan...
Ingatlah pelangi yang indah...
Pasti akan hilang...
Kawan...
 Jangan biarkan dirimu
seperti rama2...
Cantik...
Namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding..
Kawan...
Jangan biarkan dirimu...
Umpama lipan dan kala...
Berbisa...
Namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis...
Oh kawan...
Jadilah seperti si matahari...
Membakar diri demi insan sejagat...
Oh kawan...
Jadilah seperti bulan purnama...
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta...

P/S :puteri tujukan lagu ini “kawan oleh kumpulan In-Team” untuk semua kawan,teman dan sahabat.

No comments:

Post a Comment

ALL BoUt Me

My photo
be nice to others,they'll be nice to you... (^_^)

Jom LaWat bLog puTeRi...