w

Thursday, October 20, 2011

MeNtAri TiMur yaNg ku tUnggU...

Assalamualaikum…
Selamat pagi… Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi mampu untuk bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah hari ini Allah masih pinjamkan kita semua kekuatan untuk menempuhi dugaan dan cabaran sehari hari.
Alhamdulillah,puteri sangat bersyukur kerana hari ini Allah masih lagi memberikan puteri peluang untuk melihat sinar mentari ciptaanNya. Setiap hari dan tiap ketika,puteri sentiasa rindukan sinar mentari ini kerana puteri ingin menjadi seperti mentari yang mampu menerangi dunia sejagat.
Hari ini mentari timur masih lagi menyinari alam ini. Sungguh indah ciptaanMu Ya Ilahi, mentari timur yang menyinari segenap alam ciptaanMu ini kini menyinggah ke kamar ku. Dari jauh ku sudah mampu melihat sinaran mentari timur yang mula menyinggahi kamar tidur ku.
Bahang mentari timur kian terasa,ini bermakna sekarang sudah boleh jemur baju…hehehe (pdhl bju berlonggok xbsuh ag..he3x…)
P/s ; nie sebenarnye nk g basuh bju..sebelum bsuh bju berkias dlu..hihi… (^_^)

TeRima KaSih KaWan...

Terima kasih kawan…
Terima kasih kawan…entry terbaru puteri.Entry nie mmg diciptakan khas untuk semua rakan2 n kawan2 puteri. Ucapan terima kasih puteri tujukan kepada semua kawan- kawan puteri. Alhamdulillah, puteri mempunyai kawan-kawan yang baik hati dan sangat memahami. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana diriku insan yang kerdil ini dikurniakan kawan2 serta sahabat yang baik.
Baizura,ilham,qurratu’aini,madihah,faishahirma,junaidah,fatonah,ain,norasyida,najwa,hidayah,musfira dan rakan2 yang lain.  Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu. Kawan2 puteri ini hadir tatkala puteri dilanda keresahan dalam meniti arus kehidupan di kampus.
Ketika meniti hari yang dirasakan semakin suram,kalian hadir dengan membawa seribu sinar. Puteri merasakan diri ini seperti kosong,tiada apa2,tiada warna dan cahaya untuk di coretkan,tetapi  kawan2 hadir membawa seribu warna dan cahaya utk dilakari dan dilukis dalam sebuah tema kehidupan ini.
Sehingga sekarang,sudah beberapa musim kami lalui dan tempuhi bersama2. Laksana air laut yang ada pasang surutnya,begitulah jua dengan persahabatan. Alhamdulillah, dengan berkat kekuatan yang ada sama2 kami tempuhi. Terima kasih kawan2 kerana terlalu banyak budi kalian buat puteri sepanjang menjadi siswi di kampus alam yang indah ini.
Bila mendengar lagu teman sejati, pasti puteri akan mengalirkan airmata, dulunya puteri pernah  kecewa dalam persahabatan,puteri tidak mampu menanggung rasa kecewa lalu puteri  menadahkan tangan dan memohon kepada Ilahi. Puteri berdoa “ Ya Allah,,, ku ingin mencari teman yang sejati bukannya teman yang umpama belati, Ya Allah,Engkau temukanlah aku dengan teman2 yang sejati, Ya Allah,ku memohon supaya engkau temukanlah aku dengan teman2  yang mampu menjadikan diriku kembali tabah”
Alhamdulillah, puteri merasakan bahwa doa puteri sudah terjawab,kalian hadir dalam hidup ini dengan seribu satu warna yang mampu menghidupkan kembali hati ini kepada persahabatan. Ya Allah,terima kasih kerana mengurniakan hambaMU ini sahabat sejati seperti kawan2 puteri ini. Puteri doakan semoga persahabatan yang terbina berkekalan.
Kawan,
Maafkan puteri seandainya puteri sering menyakiti hati kalian,
Kawan,
Tiada niat dan tidak pernah terlintas pun di hati ini untuk melukai hati sesiapa, tetapi apakan daya diri ini insan kerdil,kadang kala leka dengan pujuk rayu syaitan sehingga puteri mengikut nafsu amarah,
Kawan,
Kawan2 ku yang baik hati, puteri sayangkan kalian semua, terima kasih kerana sudi menjadi kawan2 puteri.
Ee sayangkan semua kawan2 Ee…Muuuuuuaaaaahhhh sayang kamooooo….. <3 <3 <3

Friday, October 14, 2011

Sayu TerasA

Ayah..
Achik rindu ayah..
Ayah.. bagaimanakah keadaan mu disana???
Ayah,,, adakah ayah juga merindui achik kat cini???
Ayah.. achik mohon ampun dan maaf sebab sewaktu hayat ayah..
Achik banyak melukakan hati ayah..
Even ayah dah tiada achik sentiasa merindui dirimu...
Ayah...
Achik ingin menjadi anak mu yang solehah
Achik ingin berubah ke arah yang lebih baik
Achik tak nak ayah menderita disana
Disebabkan oleh sikap anak-anak ayah di dunia ini.
Ayah...
Pergimu menghilangkan seribu kebahagiaan dalam diri anakmu ini.
Anakmu ini sering merindui dirimu ayah.
Kini kebahagiaan yang dirasai sudah tidak
seperti dulu.
Ayah...
Saban hari achik sering mengingati diri mu.
Ayah achik rindu ingin memeluk dirimu.
Achik rindu nak cium tanganmu ayah.
Achik rindu nak dengar ayah minta achik bacakan ta’alim.
Walaupun kekadang malas menguasai diri achik tetap membacakannya.
Ayah tetap setia memdengarnya. Ayah akan bacakan doa selepas habis menbaca
ta’alim.
Ayah,
Dahulu ayah sering berpesan supaya anak2membaca ta’alim,tapi dulu kami tak tahu apa tujuan ayah meminta kami membacakan ta’alim selalu
Tapi kini achik sudah tahu,itu sebenarnya satu sunnah nabi yang ayah cuba terapkan
dalam keluarga dan juga diri anak2ayah.
Ayah...
Achik rindukan ayah.
Achik rindu sangat2 sekarang ni.
Achik ase sayu je hati ini bila ingat kat ayah.
Ayah...
Dahulu achik tidak suka makan roti canai, sedangkan ayah selalu bawa pulang
roti canai selepas solat asar untuk dibuat menu minum petang. Achik selalu mengomel
dan merunggut sebab achik tidak sukakan roti canai tapi ayah selalu belikan roti
canai. Dalam mengomel2pun achik tetap makan roti canai yang ayah bawa balik.
Ayah...
Kini achik rindukan roti canai yang ayah bawa pulang. Kalau achik makan roti canai
Pasti achik akan ingat kat ayah. Kekadang dengan linangan air mata achik makan
roti canai yang terhidang depan achik.
Ayah...
Hari ini air mata achik tertumpah lagi kerana rindukan ayah.
Ayah,achik rindu sangat2kat ayah sekarang ni.
Kalau ayah tengok achik bersedih pasti ayah akan pujuk achik kan ayah.
Tapi kini,hanya tasbih dan kain pelikat ayah je yang mampu memujuk hati achik.
Ayah..achik rindu ayah...
Rindu sangat2skrg nie...
Ayah...
Achik doakan semoga ayah aman disana. Semoga ayah ditempatkan dikalangan para
syuhada. Amin. Al fatihah buat ayahanda tercinta “Tuan Haji Mohd Jaafar Bin
Hamzah”.  

Monday, October 10, 2011

DimuLakan DeNgAn Bismillah dan Assalamualaikum...

Hihihi…jom layan entry bru…

*      SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN 

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi

*      Just share dr fb org je…hihihi…

ALL BoUt Me

My photo
be nice to others,they'll be nice to you... (^_^)

Jom LaWat bLog puTeRi...