w

Friday, December 23, 2011

DebaRan ExaM kian teraSa

erm...sudah lame puteri tidak update blog nie...
Lebih kurang seminggu lagi,puteri akan menghadapi final exam. Jiwa ini kacau,hati ini bercelaru, nak duduk tidak kena,nak bangun serba salah,kini semua perkara yang puteri lakukan semuanya puteri berasa seperti tidak kena.
arghhh... apa yang dibaca tidak masuk dalam kepala,bt note cantik2 pun xde guna jugak...jiwa plak memberontak sebab dah lama xbalik umah...
puteri merasakan bahawa semua perkara yang puteri lakukan kini seperti xbererti,sedangkan puteri dah janji xnk jd seorang yang lemah semangat lagi.
tapi hari ini,puteri merasakan bahawa semangat puteri telah hilang.
hati ini runsing jer...mama n adik kt umah plak demam dh seminggu,xbaik2 ag... puteri makin risau, banyak perkara sebenarnya yang puteri nak merungut, lecturer plak bagi assignment last minute,banyak pulak tu... macam manalah puteri mampu untuk buat semua tu? kenyakinan diri telah mula hilang bila, lecturer yang di import dari luar mengatakan sesuatu yang buatkan semangat puteri lemah. doktor A "hangpa xpayah duk bangga sangat lar jadi student kat U ni,orang luaq xpandang aih hangpa semua nie, saya taw lar sebab saya nie dah lama dalam bidang kerjaya nie." puteri terdiam,diam dalam erti kata puteri berfikir tentang apa yang doktor cuba lakukan ini.
puteri kadang-kadang rasa geram jugak kat lecturer nie, macam lar apa yang dia ajar kat kami nie semua kami faham?. bila dia tanya, kami jawab xfaham, dia marah n cakap kami bodoh.
macam tu ker seorang lecturer yang nak mendidik anak bangsa???
bukan puteri nak persoalkan kreditbiliti dia sebagai seorang medical doctor, xde sedikit niat pun puteri nak mencaci dia, tapi apa yang dia lakukan itu membuatkan puteri rasa, macam meluat jer...
pernah satu ketika puteri terdengar dia cakap, " hangpa ingat berbaloi ka U hangpa nie bayaq kat saya??,kalau saya duk kt klinik saya tu,saya boleh dapat berapa banyak lagi duit..."
masa tu,ingin je puteri menjawab,"habis tu,kenapa doktor datang mengajar kami jugak?? sdangkan doktor dah tahu xberbalaoi?
tapi niat tu puteri just pendam jer, Ya Allah,sem nie puteri merasakan banyak sangat dugaan yang puteri terima. Pada mulanya,puteri ingat,hanya puteri yang tidak faham dengan apa yang di ajarkan oleh lecturer2 yang ada,padahal ramai diantara kawan-kawan puteri juga tidak memahami.

Bukan pelajaran sahaja yang kami tidak faham, kami juga tidak faham apa yang cuba lecturer itu mahukan. Dia suruh kami buat presentation,hanya merujuk kepada bahan rujukan yang dia bagi sahaja, tapi bila kami semua present, dia cakap semua salah. Habis tu apa yang betulnya? kalau kami semua nie salah present,baik xpayah suruh kami present.Lebih baik dia seorang je yang ajar, xpayah lar bt satil student cented.Lecturer ini psiko punyer orang ka??. Pesanan dia yang terakhir dalam kelas hari itu,"kalau hangpa semua nie xmampu baik quit ja sekarang, xperlu menyusahkan semua orang". Wah...hebatnya doktor nie,doktor dah diagnos kami seorang2 ka??
itu satu hal, kls lain lain plak hal nya. Banyak lah yang berlaku semester ini yang agak membuatkan puteri dan kawan-kawan stress.
Stress sangat2 kot. Macam mana lar nak maintainkan pointer kalu macam nie?
Mungkin apa yang terjadi ini,Allah ingin menunjukkan sesuatu hikmah disebaliknya. Tapi apakah hikmahnya itu? mematangkan kami? menuntut kami berusaha dengan lebih gigih? menyabarkan kami??
puteri buntu memikirkan macam mana nak study smart untuk sem nie... jiwa ku kacau!!!!!!!
Sepatutnya,puteri lebih membuka mata dan minda,bukan hanya dengan merungut macam ni. kan Ummi dah cakap,"semua yang terjadi itu adalah yang terbaik",sepatutnya puteri bangun dengan semangat baru yang menjadikan puteri ini mampu membuktikan kata-kata doktor itu salah, jangan takut jika fail atau repeat, yang penting usaha sebelum berjuang. Kemudian,serahkan semuanya pada ketentuan Ilahi. Puteri mesti bersemangat dan berusaha, "itu adalah puteri yang hakimi kenal" puteri masih mengingati kata-kata seorang sahabat yang menjadikan puteri lebih bersemangat.
Doa:
"Ya Allah,Engkau permudahkanlah segala urusan kami di dunia mahu pun di akhirat,Cukupkanlah Allah bagiku,Tiada Tuhan selain Engkau,Hanya kepadaMu aku bertawakal dan Engkaulah Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung, Ya Allah,jadikanlah aku serta rakan-rakanku sebahagian daripada hamba-hambaMU yang memdapat pencapaian yang hebat daripada cahaya yang Engkau berikan,dan Rahmat yang Engkau sebarkan,dan rezeki yang berikan dan kemudaratan yang Engkau hindarkan dan bencana yang Engkau angkat(daripada menimpa hambaMU,dan fitnah yang Engkau jauhkannya keburukan yang Engkau angkat." amin Ya Rabbal Alamin
semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua.

No comments:

Post a Comment

ALL BoUt Me

My photo
be nice to others,they'll be nice to you... (^_^)

Jom LaWat bLog puTeRi...