w

Friday, November 18, 2011

such a bad day...tapi salah siapa???

Such a bad day… tapi salah siapa???
Seperti ada sesuatu yang tidak kena pada hari ini. Puteri dapat merasakan sesuatu yang agak pelik dan seakan-akan membuatkan diri ini bertukar menjadi miserable person. Huhuhu…tension dibuatnye.
Hari ini puteri bermula dengan solat subuh yang agak lambat. Puteri ponteng 2 kuliah dengan niat di hati untuk completely study bahasa arab yang bakal puteri exam pada petang ni. Padahal completely jugak puteri tido tanpa study (bagus x???) . Dah la ponteng kelas,buku pulak tak sentuh langsung.   
Sia sia je puteri ponteng kelas n tido kat bilik. Lepas tu pulak puteri bersiap la untuk ke kuliah yang seterusnya. Dah sampai ke bilik kuliah,puteri tersedar yang puteri tertinggal kunci bilik. Masalah betol la.
Arghhhh… macam-macam hal. Habis je kuliah tu puteri tumpang kat bilik kawan. Punggah… kena naik pulak tingkat 3. Huhuhu.. yelah puteri ni jarang-jarang pergi naik ke tingkat yang atas-atas ni. Yelah sebab bilik puteri kat ground floor je,so malas la cikit nk g naik tingkat atas-atas ni.   .
Selesai tumpang kat bilik kawan. Puteri gerak pergi ke bilik kuliah bahasa arab. Sampai sana dah ngam ngam ngan masa kuliah. Huhuhu… mid term ooo mid term…u make me sick kalah final. Hohoho… selesai je ustazah berikan puteri exam sheet. Ya Allah, apa yang soalan nie nak nie???
Satu apa pun puteri tak tahu. Apa yang puteri nak tulis nie. Blur bukan cikit plus plus blurnye. Hati tak keruan,tak tahu nak cakap macamne perasaan puteri masa tu. Sedih bukan kepalang lagi dah. Puteri cubalah pujuk hati sendiri tapi apalah lah sangat yang boleh puteri buat.
Habis je exam. Coursemate puteri ajak makan sekali. So puteri join la sekali, ingatkan dengan makan puteri boleh redakan gelisah dihati. Tapi nasi goreng cendawan yang puteri dapat tu pulak mentah. Argghhhh… apa lah, nak makan yang cucuk-cucuk tu pulak dah habis. Solat asar pun lewat seperti lewatnya solat subuh puteri hari ini.
Huhuhu… hati nie terus merajuk dan merajuk lagi. Huhuhu… dalam hati ini sudah menangis habis dah. Apalah yang puteri buat hari ini. Such a bad day tapi puteri sedar semua yang berlaku itu adalah salah puteri sendiri. Puteri sendiri yang mengambil langkah itu jadi tidak patut untuk puteri merungut. Lastas puteri tersedar,Ya Allah, ape yng telah puteri lakukan ini. Allah telah sedarkan puteri setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Astaghfirullahal ’azim…
Teringat pesan ummi, apabila diri ditimpa musibah sebutlah “kafarah” sentiasa. Kerana itu semua ujian yang Allah turunkan untuk menguji dan menutup segala dosa kita. Terdetik di hati puteri. Ya Allah ampunkanlah insan yang kerdil ini kerana sentiasa merungut dengan apa yang terjadi. Sepanjang hari puteri hanyalah merungut dan melupakan bahawa semua ini terjadi adalah keranaNya.
Moralnya:
Jangan ponteng kelas
Jaga waktu solat
 Sebelum keluar bilik check dulu barang2
 Jangan banyak merungut
 Make sure study betol2 n jgn banyak main
Nie semua adalah tindakan semasa puteri berada di dalam kelalaian
. Semoga puteri mampu untuk berubah. Amin…

No comments:

Post a Comment

ALL BoUt Me

My photo
be nice to others,they'll be nice to you... (^_^)

Jom LaWat bLog puTeRi...